Thursday 19 July 2012

PERMASALAHAN RUMPUT DAN CARA MENGATASINYA

Masalah wet feet

Cow Grass
* Rumput ini terdapat 2 jenis iaitu yang murah (dikira pakai harga satu tan) dan yang mahal (dikira pakai kaki persegi). Lebih berbaloi membeli yang mahal kerana kebiasaannya ia kurang mengandungi rumput liar. Boleh jimat membeli 70% dari keluasan kawasan dan menanam jarang-jarang.
* Ia boleh dibaja setahun sekali (tapi mula-mula tanam baja sebulan sekali untuk tempoh tiga bulan) dan rumput jenis ini panjang. Di awal proses pertumbuhan, rumput ini perlu disiram setiap hari selama 2 minggu. Minggu ke3 selang sehari dan minggu ke4 dan seterusnya disiram 2hari.
* Utamakan kawasan yang tidak terkena lindungan pokok dan bangunan kerana ia lebih cepat kering. Siram hanya pada waktu pagi @ tengah hari.Elakkan siram pada waktu petang. Apabila minggu ke4 selepas ditanam, pastikan proses menyiram lebih lama supaya tanah menjadi basah lebih kurang 4inci ke bawah. Ini akan menggalakkan akar rumput tumbuh panjang ke bawah untuk mendapatkan sumber air.

Pearl Grass
* Rumput ini sesuai di kawasan rumah kerana ia mudah dijaga. Namun ia ada 2 kelemahan iaitu ia tidak tahan panas ( warna rumput bertukar menjadi warna coklat) dan juga tidak tahan air bertakung "wet feet" (rumput tidak akan kecut tetapi terus bertukar warna menjadi coklat atau merah dan mati). Sebagai info tambahan untuk mengukur kepanasan ialah ketika kita pijak ia kan lambat naik.Itu tanda rumput kekurangan air.
* Rumput akan mengambil masa beberapa bulan untuk mengukuhkan akar dan mendapat air dari bahagian bawah tanah. Elakkan menyiram selepas pukul 3 petang. Ini akan menyebabkan jangkitan kulat. Jika panas terik siram sekadar perlu.
* Gunakan baja NPK 5.5.5 atau baja organik.Tidak sesuai mengunakan baja urea.Segenggam untuk setiap empat meter persegi sebulan sekali.Siram selepas membaja.Jangan sesekali membaja pada waktu petang. Bagi penanaman baru, baja 2minggu sekali.

Carpet Grass ( Zoysia, Philiphine @ Bermuda Grass)
* Rumput jenis ini memerlukan 6 hingga 8jam cahaya matahari supaya ia mampu melakukan fotosintesis. Jika tidak ia akan tumbuh panjang tetapi kurus. Ketika proses memotong rumput dilakukan bahagian batang yang berwarna coklata akan kelihatan.Masalah ini hanya sementara asalkan tidak terpotong lebih hingga ke bahagian akar.
* Gunakan baja organik dengan kandungan nitrogen tidak melebihi 8.Contohnya 8.8.8 dan baja segenggam untuk kegunaan 4meter persegi.

Semut
 * Bancuh sebaldi air bersama sabun cuci pinggan. Kemudian korek dan gemburkan kawasan tanah yang dipenuhi semut dengan campuran tadi. Sabun dalam kuantiti yang banyak akan menembusi kulit badan ulat dan boleh meresap ke dalam tanah untuk membunuh serangga yang tersembunyi di dalam tanah.Tanah yang terlalu padat boleh menghalang air dari mengalir dan masuk ke dalam tanah.Menggemburkan tanah dan menggunakan sabun akan mengurangkan daya hydrophobic tanah selain membantu air mengalir air masuk ke dalam tanah. Sekiranya memakai racun,pastikan racun berasaskan air kerana sudah dibancuh siap.

Rumpai/Rumput Liar
* Cara terbaik adalah dengan mencabut rumpai secara manual menggunakan benda tajam.Cungkil rumpai beserta akar sekali (tuber @ ubi).Keluarkan semua tuber yang bersambung-sambung.Pendek kata korek dan buang.
 * Matikan tuber.Tuber adalah tempat menyimpan makanan bagi rumpai.terutamanya lalang. Setiap kali rumpai tumbuh, perlulah dipotong. Dengan cara ini tuber akan kurus.Tetapi cara ini mengambil masa yang lama.
* Meracun menggunakan Round -up atau apa-apa sahaja jenama yang mana bahan aktifnya glyphosate iaitu racun sistemik. Apabila dibancuh dan disembuh dengan betul ia akan meresap melalui daun ke seluruh tumbuhan. Glyphosate hanya aktif kepada jenis rumput sahaja.

Rumput berlumut (warna hitam)
*Perkara utama yang menyebabkan lumut ialah kelembapan dimana terlalu banyak air yang dipegang.Kemungkinan besar rumput ditanam di atas tanah liat. Gunakan pasir dengan menabur selapis pasir kasar di atas kawasan berlumut. Selepas itu menebuk beberapa lubang-lubang kecil sebesar pen dalam jarak 4 inci antara satu sama lain yang boleh membantu air mengalir ke bawah. Diharapakan pasir itu akan masuk ke dalam lubang-lubang tersebut dan membentuk pengaliran air ke bawah.

Sunday 15 July 2012

KASIH SHAFIZAH NATURE PART2

    Sebenarnya bukan mudah memulakan perniagaan berasaskan pokok2 bunga. Aku membuat perubahan besar dalam hidup ini. Emak dan abah tidak begitu merestui pada mulanya kerana bimbang mata pencarianku.Tambahan pula pekerjaanku dahulu sebagai Junior Horticulturist begitu selesa dengan gaji yang lumayan dan sangat berdekatan dengan rumahku.Mungkin bagi mereka aku menongkah arus.Tapi setelah mereka melihat kesungguhanku mereka akur akhirnya.Alhamdulillah berkat keizinan mereka perniagaanku mula menampakkan sinarnya.
     Alahamdulillah dengan insan2 yang tidak jemu2 menyokong aku tak kira melalui material (duit),sokongan. Terima kasih buat Abah,Emak,Kak Long,Abg Long,Ude (insan yang banyak bersama2 ketika menangis tengah malam selepas jualan pertama UTM),Ahmad Soki,Manisah,Hamizah,Wahidah,Syaidatina Aisyah,Nazariah,Abdullah Hadi (jadi driver,pembantu jualan n tanam menanam) dan tak terkecuali Muhammad Syafiq (everthing) serta orang2 yang sentiasa menjadi penguat semangat buatku untuk tidak mengalah.Semoga Allah yang akan dapat membalas jasa kalian.SAYANG SEMUA
HARI TERAKHIR MASYUK
UTM BERSAMA KAK LONG

Saturday 14 July 2012

KASIH SHAFIZAH NATURE

"KASIH SHAFIZAH NATURE" tercetus ideaku semasa belajar Diploma Pertanian. Nak ada nurseri bunga2,rama2 terbangan menghisap madu sesekali  dan belalang menjengahkan dirinya untuk bertandang.Alhamdulillah semuanya tercapai pada 05 Februari 2010 apabila secara rasminya "KASIH SHAFIZAH NATURE" tercatat di sijil SSM.Tq Allah.Tq WAN kerana meminjamkan duit untuk tujuan pendaftaran.Sekarang sudah 2tahun. Aku masih lagi merangkak untuk memahami dunia sebenar sepak terajang perniagaan..
Aku memulakan perniagaanku di Pasar Tani Datin Halimah.Tq kat Abdulah Hadi,Hasifi yang banyak membantukan diawal perniagaan.Xlupa juga pada Fajrul Muna a.k.a kakak angkatku.Banyak berkongsi suka n duka.Berniaga di pasar tani seronok sebab jumpa ramai lagi kawan2.Dah macam keluarga.Mencabarnya bila hujan diikuti dengan guruh.Munkin orang pandang pokok2 bunga xpe bila hujan,tapi sebenarnya sama jek.Bila hujan lebat,pokok2 kemungkinan besar boleh bergerak dengan sendirinya.Tapi itu semua mematangkan aku sebagai peniaga.